Cabaran Blog SMK Bandar Bintulu adalah aktiviti yang dijalankan di bawah unit ICT SMK Bandar Bintulu. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam pembangunan laman web disamping untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang ICT.

Muat Turun Tutorial Cabaran Blog


Peserta akan diberikan tutorial pembinaan blog secara percuma, peserta boleh download tutorial tersebut di sini.



Baca Lagi...

Peraturan Dan Syarat Cabaran Blog 2009


Peraturan dan Syarat-syarat pertandingan:

  1. Terbuka kepada semua pelajar menengah atas(Tingkatan 4 dan 5) SMK Bandar Bintulu.
  2. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada tiga(3) orang sahaja.
  3. Setiap kumpulan mesti terdiri daripada gabungan beberapa bangsa dan kaum.
  4. Pembinaan laman blog hendaklah seratus peratus(100%) hasil kerja peserta terlibat, jika didapati pera peserta melanggar peraturan ini, penyertaan akan dibatalkan dengan serta-merta.
  5. Para peserta mestilah menggunakan “blogspot” sebagai tapak laman blog disebabkan ia percuma dan paling popular digunakan.
  6. Blog yang dihantar sebelum atau pada tarikh akhir sahaja akan diterima untuk penilaian.
  7. Laman blog yang dibina mesti dalam bahasa Malaysia sahaja dan mengikut tema yang telah ditetapkan.
  8. Setiap peserta tidak boleh menyertai lebih dari satu penyertaan.
  9. Blog yang telah siap dan dihantar kepada pihak penganjur,secara langsung akan menjadi hakmilik pihak penganjur ( SMK Bandar Bintulu ).
  10. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM6.00 untuk setiap kumpulan.

Baca Lagi...

Tarikh dan Tempoh Cabaran Blog 2009

Akan ditentukan kemudian........nantikan.:)

Baca Lagi...

Hadiah Pertandingan Cabaran Blog Tahun 2009


Pemenang pertandingan ini akan memperolehi:

Tempat Pertama: Sijil Penyertaan, Sijil Emas, Medal dan Piala

Tempat Kedua: Sijil Penyertaan, Sijil Perak dan Medal

Tempat Ketiga: Sijil Penyertaan, Sijil Gangsa dan Medal

Saguhati: Sijil Penyertaan kepada semua peserta

Baca Lagi...

Cabaran Blog





Baca Lagi...